Dramatis Studio mempersembahkan
Teater Ter-Asing
Ter-Asing mengangkat kisah empat individu daripada latar belakang berbeza; Faiz, seorang
penghantar makanan; Kelly, pempengaruh media sosial; Raymond, pegawai kerajaan; dan
Ani, warga emas yang dipertemukan dalam sebuah ruang menunggu hospital selepas
tragedi kebocoran gas toksik di Flat Seri Damai. Ketika menunggu bantuan yang tidak
kunjung tiba, perbualan mereka bertukar menjadi medan pendedahan tentang kesilapan,
ketakutan dan kompromi moral yang pernah dilakukan demi kelangsungan hidup, populariti
serta kerjaya.
Melalui konflik yang semakin memuncak, mereka mula menyedari bagaimana kerakusan
pembangunan, pencemaran alam sekitar dan sikap mementingkan diri telah mengorbankan
masyarakat yang paling rentan. Ani, yang sekian lama menjadi saksi penderitaan penduduk
setempat, membuka mata mereka terhadap hakikat bahawa setiap tindakan mempunyai
akibat yang tidak dapat dielakkan. Ter-Asing merupakan sebuah drama sosial yang menyentuh isu kemanusiaan, tanggungjawab dan harga sebenar sebuah kemajuan.
Pelakon
Tempat
Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage
Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Pilih Persembahan
This event has ended
Thank you to everyone who attended!