Sumo Art mempersembahkan
Teater Sampah Itu Kita?
Teater Sampah Itu Kita? mengisahkan kehidupan penduduk flat yang sering berkumpul di
Warung Pak Mat. Pada suatu hari, Aina muncul dalam keadaan gelisah kerana kehilangan
satu barang yang sangat penting baginya. Dalam usaha mencari semula barang tersebut,
Aina dibantu oleh tiga rakannya iaitu Amir, Hakim dan Faris.
Namun pencarian mereka menjadi semakin rumit apabila Aina percaya barang itu mungkin
telah termasuk ke dalam plastik sampah yang dibuang. Lebih daripada itu, proses pencarian
tersebut secara tidak sengaja membuka satu demi satu rahsia kecil antara mereka, apabila
setiap orang mula menunjukkan sikap dan tindak balas yang mencurigakan berkaitan
kehilangan itu.
Sepanjang usaha tersebut, pelbagai salah faham, tuduh-menuduh dan rahsia mula
terbongkar sehingga menguji persahabatan mereka. Barang yang hilang itu seolah-olah
menjadi pemangkin yang membongkar perkara-perkara yang selama ini disembunyikan,
dalam masa yang sama turut mencerminkan sikap segelintir manusia yang sambil lewa dan
tidak bertanggungjawab dalam membuang sampah, sehingga menyebabkan persekitaran
menjadi kotor dan menimbulkan pelbagai masalah tanpa mereka sedari.
Melalui peristiwa itu, mereka mula sedar bahawa sikap cuai dan tidak bertanggungjawab
boleh membawa kepada pelbagai masalah dalam kehidupan seharian. Cerita ini
menekankan nilai kerjasama, kejujuran dan kepentingan menjaga kebersihan demi
kesejahteraan bersama.
Pelakon
Effa Mazlan
as Fariesha
Tempat
Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage
Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Pilih Persembahan
This event has ended
Thank you to everyone who attended!