Nadir Production mempersembahkan
Teater Racun
Racun adalah drama komedi gelap tiga babak yang diilhamkan daripada kejadian pencemaran sungai sebenar di Pasir Gudang (Sungai Kim Kim, 2019), Sungai Tiram (2023), dan Sungai Tebrau (2024). Dani, pelajar Tingkatan 4 yang ahli pasukan debat sekolah, menemui sungai kampungnya tercemar selepas rakan-rakan sekolahnya pengsan secara tiba-tiba. Apabila pihak berkuasa hanya tahu memberi jawapan e-mel bertanda "Urgent", Dani terpaksa memilih: terus menjadi remaja biasa, atau menjadi suara yang sistem tidak pernah peduli untuk dengar.
Ditulis sebagai kerja set tunggal untuk pementasan kos minima, drama ini ditujukan kepada penonton remaja dan dewasa muda, dan menggunakan komedi kampung sebagai pintu masuk kepada soalan moral yang lebih dalam.
Harga Pas Masuk
Pasukan Kreatif
Tempat
Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage
Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.