Skip to main content
Teater Naskhah Gila 2.0: Standard Modified

Kejar Tayang mempersembahkan

Teater Naskhah Gila 2.0: Standard Modified

Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage
27 July 2026
0 show available
Dark Comedy, Musical 60 mins

Gila 2.0: Standard Modified mengisahkan perjalanan Roslan, seorang bekas penagih yang merentas negeri untuk mencari seorang perempuan bernama Maya dalam dunia pasca-pandemik yang semakin absurd dan kacau. Dalam perjalanan itu, Roslan bertemu pelbagai watak, ada yang pernah mengisi kehidupannya yang lalu, ada juga yang baru. Seorang scammer produk wellness, penyeludup pasir sungai, cinta lama, dan manusia-manusia yang hidup dalam paranoia serta trauma.
Menggabungkan elemen dark comedy, muzikal dan teater absurd, karya ini menyentuh isu kesihatan mental, kesihatan awam, krisis alam sekitar dan budaya penipuan pseudo-sains dalam masyarakat hari ini. Persoalan utamanya, adakah Roslan benar-benar gila, atau dunia sekelilingnya yang sudah hilang kewarasan?

Tempat

Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage

Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Pilih Persembahan

This event has ended

Thank you to everyone who attended!