Skip to main content
Teater Muzikal Koperasi: Satukan Cinta
Featured

Revolution Stage mempersembahkan

Teater Muzikal Koperasi: Satukan Cinta

Auditorium Dewan Sivik MBPJ
1 - 4 October 2026
0 show available
Musical 120 mins

Di Kampung Seri Tanjung, penduduk hidup dalam tekanan apabila mereka bergantung sepenuhnya kepada peraih yang menentukan harga hasil kampung sesuka hati. Walaupun bekerja keras, mereka tetap miskin dan tidak berdaya. Dalam suasana yang penuh keputusasaan ini, kepulangan Aisyah, seorang graduan muda yang berfikiran progresif, menjadi titik perubahan.

Aisyah melihat potensi besar dalam masyarakat kampung untuk bangkit melalui kerjasama. Bersama Budi, pemuda kampung yang jujur dan lantang mempertahankan kebenaran, Aisyah mencadangkan penubuhan sebuah koperasi sebagai jalan keluar daripada penindasan ekonomi. Namun cadangan itu mencetuskan perpecahan — sebahagian penduduk menyokong, sebahagian lagi takut dengan perubahan dan terpengaruh dengan ugutan para peraih yang kehilangan kuasa.

Konflik memuncak apabila fitnah, tekanan dan sabotaj mula menghuru-harakan kampung. Hubungan sesama penduduk retak, dan perjuangan mendirikan koperasi hampir gagal. Dengan bimbingan seorang pegawai SKM dan keberanian untuk berdepan kebenaran, Aisyah dan Budi mengembalikan keyakinan penduduk bahawa mereka mampu menentukan masa depan sendiri.

Akhirnya, melalui kesatuan hati dan keberanian menentang ketidakadilan, Koperasi Seri Tanjung Berhad berjaya ditubuhkan. Kemenangan ini bukan sekadar kejayaan ekonomi, tetapi simbol kebangkitan sebuah komuniti yang belajar bahawa kekuatan sebenar hadir apabila mereka bersatu, percaya dan berjuang bersama.

Tempat

Auditorium Dewan Sivik MBPJ

Petaling Jaya

Pilih Persembahan

This event has ended

Thank you to everyone who attended!