Skip to main content
Teater Monolog Hostel
Featured

Revolution Stage mempersembahkan

Teater Monolog Hostel

Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage
24 - 28 June 2026
0 show available
Horror 60 mins

Dorm 101 di sebuah asrama menyimpan rahsia gelap yang telah terkubur selama sepuluh tahun. Segalanya bermula apabila dua sahabat, Arif dan Shah, nekad bermain spirit of the coin—satu tindakan yang secara tidak sengaja membangkitkan roh pendendam bernama Wawa.

Namun, ancaman sebenar di asrama tersebut bukanlah sekadar gangguan mistik, tetapi kejahatan manusia yang jauh lebih kejam. Melalui empat perspektif berbeza, skrip ini merungkai tragedi pembunuhan, pengkhianatan persahabatan, dan dendam yang menuntut bela. Warden asrama, Herman, akhirnya terpaksa berhadapan dengan dosa silamnya, sementara Shah pula terjebak dalam lingkaran jenayah yang membawa padah buat dirinya sendiri. Dalam kegelapan malam, sempadan antara hantu dan manusia semakin kabur, membuktikan bahawa dendam yang dibiarkan lama akhirnya akan menuntut harga yang sangat mahal.

Tempat

Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage

Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Pilih Persembahan

This event has ended

Thank you to everyone who attended!