Skip to main content
Teater Mesyuarat Tergempar Flat Taman Harmoni

Teater Mesyuarat Tergempar Flat Taman Harmoni

Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage
3 August 2026
0 show available

Flat Taman Harmoni yang dahulunya menjadi lambang perpaduan bertukar huru-hara apabila wabak denggi melanda dan penduduk mula menyebarkan pelbagai tuduhan, khabar angin serta teori konspirasi tanpa mencari punca sebenar. Walaupun Dr Aisyah cuba menjelaskan bahawa masalah berpunca daripada sikap penduduk yang mengabaikan kebersihan, mereka lebih memilih untuk percaya kepada fitnah, bomoh dan janji-janji kosong ahli politik. Di saat keadaan semakin tegang, Raju tampil menyedarkan mereka bahawa musuh sebenar bukanlah pihak luar, tetapi sikap mereka sendiri. Namun, satu pendedahan mengejutkan muncul apabila Raju sebenarnya merupakan pesakit yang melarikan diri dari hospital mental, menjadikan kisah ini sebuah satira yang mengkritik masyarakat yang gemar menyalahkan orang lain tetapi gagal melihat kesilapan diri sendiri.

Tempat

Projek Bilik Sempit, Studio Revolution Stage

Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Pilih Persembahan

This event has ended

Thank you to everyone who attended!